
  Sememangnya terlalu  banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita... walaubagaimana pun ini cuma  ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya  ..  
  
 C  uba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang  dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... setiap garisan  mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang  dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya  juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So  selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la! 
1. Garis Kehidupan 
Garis bertanda  nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan  terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang  jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika  garisnya mencecah hingga ke penghujung. 
2. Garis kecergasan 
Garis bertanda  nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk  berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan  lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya  dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu,  setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang  yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang  masalah. 
3. Garis hati/cinta  
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya  kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu  setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja.  Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini  menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta  sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu  yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta  dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama! 
4. Garis kejayaan 
Cuba kamu  perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu  garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih  garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua  kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang  terpamer di telapak tangan kamu itu. 
5. Garis matahari ( Sun line) 
Bukan  semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan  nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan  menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang  mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini  kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan. 
6. Garis kesihatan 
Sama seperti  garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak  putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan  kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya. 
7. Garis perkahwinan 
Sekiranya  garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan,  kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia  selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi  yang kedua dan seterusnya... 
8. Garis  bilangan anak 
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat  untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah  yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu  lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu  miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu  mendapat terdapat empat garisan dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah  empat orang. 
9. Garis perjalanan  
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang  mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu  ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang  dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga  suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat. 
10. Garis kewangan 
Setiap orang  semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia  mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki  garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu  memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.  
11. Garis pergelangan tangan  
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah  dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis  membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa  gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan  terlalu percaya sangat.... ajal dan maut di tangan Tuhan kan ? 
Bila jari kamu dirapatkan.... 
Apa  yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain?  Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian cuba kau perhatikan di antara jari  kelengkeng dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan  jari kamu itu dengan mata kamu dan tengok sama kamu boleh lihat ada sebarang  'gap' di antaranya... sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya...  bermaksud ia tidak rapat dan renggang... maknanya kamu ini seorang yang cukup  pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau  bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada  ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut  orangnya dan pentingkan diri sendiri! betul ke? hehehee...kalau terkene jangan  la mareee.. 
Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan  kita.... walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik  sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan  korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... setiap  garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis  yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la  bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya.  So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la!