Dec 28, 2008

Hidung OH Hidung....

Allah menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang, bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan melihat bentuk hidungnya...huhu

  • Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja mencari pasal dengan mereka yang berhidung panjang.
Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya dalam perniagaan dan bidang seni.
  • Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan. Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.
Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha¡­ bila dah tersilap langkah, tiada gunanya lagi
  • Hidung paruh burung :
Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam patahkan!¡± Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang yang mempunyai hidung jenis ini. Ha¡­ jangan tak tahu¡­ mereka yang mempunyai hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain.
Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta sejati dalam kehidupan mereka.
  • Hidung tajam :
Ha¡­ jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham, pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan mereka selesa dan senang.
  • Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha¡­ mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke tahap 0%. Jangan main-main.
  • Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak sanggup untuk mengecewakan sesiapa.
  • Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat berdiplomasi. Ha¡­ jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan sesuatu yang ¡®bodoh¡¯ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.
  • Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.
Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda.

Sebenarnyer aku confius gak nie...hidung ak kategori yang mane yer?? korang tau x???
jangan kutuk udah la...hahaha...tpi..ramai kate hidung aku KEMBANG....btol ke??
cehhhh..xnk trime...da hakikat nyer begitu....kui..kui..kui...

Tips Cinta Sejati...

korang pernah bercinta??mesti bahagi kan jika kita di lamun cinta?? tapi..batul ke cinta korang itu cukup bahagia?? renung2 kan la...dan selamat beramal..hehehe...

Orang yang dicintai akan merasa bahagia..
Bahagianya bukan kerana dicinta..
Tetapi dia dicinta kerana bahagianya..
Apa itu bahagia? Dimana bahagia?
Adakah bahagia datang kerana nasib?
Orang kaya sajakah yang bahagia?
Orang berjaya sajakah yang berasa gembira?

Tidak Tidak Tidak!!!
Semua orang berhak merasa bahagia...
Bahagia bukan bergantung pada nasib...
Bahagia bukan pada keadaan...
Bahagia bergantung pada bagaimana nasib dan keadaan itu diterima...

Seorang pesakit barah kronik berkata ;
"Saya bernasib baik dan masih gembira walaupun menghidap penyakit barah kronik..
Kerana penyakit ini, saya ditakdirkan boleh menjangka pada tarikh bila saya akan mati..
Jadi, saya dapat minta maaf dan terima kasih kepada rakan-rakan, keluarga dan ibu bapa.. Saya merasa gembira, puas dan bahagia.."

Usah dikata
"Saya tidak bahagia. Saya tidak gembira."
Kerana ­kalau begitulah yang dikata, maka begitulah yang dirasa, begitulah jadinya..

Kata-kata itu doa..
Doa yang dikota oleh si Maha Pencipta..
Orang yang tidak merasa bahagia, selalu terlupa nikmat yang ada..
Orang tak bahagia sentiasa hendakkan apa yang tiada..
Yang tiada itulah yang dikira..
Yang ada depan mata langsung tidak disyukurinya..
Pabila rasa syukur tiada, maka hilanglah rasa bahagia..
Semua orang berhak bahagia..
Sesiapa saja boleh bahagia..
Untuk bahagia tidak perlu kaya..
Bahagia bukannya pada benda atau harta..
Bahagia itu perasaanlah yang merasa..
Bahagia itu pada kesedaran adanya..
Usahlah dipinta bahagia pada sesiapa..
Kerana bahagia itu ada dalam diri manusia..

so..korang da paham kan?? bahagia itu terletak pada diri kita sendiri..kita sendiri yang pilih untuk sedih dan bahagia...so..ape nak d sedih kan...Jadi...KITE............ENJOYYYY!!!!!

Dec 20, 2008

Kisah Bomoh...

Kisah Benar....tapi bukan saya yang disebutkan

Sebuah kisah antara saya dan bomoh....sekadar untuk menguji sejauh mana syaitan dan kesesatan yang dilakukan oleh mereka-mereka ini....

Saya telah mendengar kisah seorang bomoh yang handal dalam mengenakan orang lain (dengan sihirnya) seperti melingkupkan perniagaan orang lain. Bomoh ini amat
terkenal kerana sering berjaya membuatkan perniagaan orang lainhancur....nauzubillah...

Saya terpanggil untuk bertemu dan kononnya ingin
sekali melingkupkan perniagaan seseorang. Maka
terjadilah dialog sebegini antara saya dan bomoh
handal tersebut.

saya: Semenjak perniagaan si polan itu dibuka, saya
lihat hampir setiap hari pelanggannya datang malah
kadangkala jumlahnya terlalu ramai...

bomoh itu mendengar dengan teliti sambil
mengangguk-angguk kepala. (aksinya seperti seorang
profesor sedang berfikir dan kelihatan handal)

saya: Rasa sakit hati dengan perniagaan mereka dan
saya ingin tok bomoh lingkupkan perniagaannya agar
pelanggan berlaih pula ke kedai sekitarnya pula.

bomoh tadi berasa hairan lantas bertanya kepada saya.
"anak ini berniaga kah?"

saya menjawab: tidak. saya hanya.......

mendengar jawapan saya, bomoh tadi makin hairan.
"biasanya jika orang berniaga sahaja yang datang untuk
melingkupkan perniagaan saingan tetapi anak ini
mahukan orang lain yang mendapat untung padahal anak
ini tidak berniaga sama. Mengapa pula begitu?"

Saya: Saya kasihan dengan perniagaan kedai makanan
lain. sejak si polan ini berniaga, peniaga kecil di
sekitarnya kurang mendapat pelangan. saya mahu si
polan tadi lingkup dan pastinya pelangan yang lain
akan beralih pula kepada kedai-kedai kecil ini.

bomoh tadi mengangguk. wajahnya nampak serius benar.
"baiklah. kalau anak mahukan pak cik lingkupkan
perniagaan mereka, anak perlu bawa barang-brang ini"
lalu si bomoh menyebutkan peralatannya untuk
mengenakan sihir terhadap si polan tadi.

"sebelum itu, anak kena dapatkan nama pemiliknya, atau
nama kedai sahaja sudah cukup. biar pak cik ajar
cukup-cukup.

saya: ada...nama pemilik saya kurang pasti tetapi nama
kedainya cukup saya ingat...

"bagus. senang kerja pak cik. apa nama kedai yang anak
hendak kenakan ini?" tanya bomoh tadi.

saya: er..Mcdonald dan KFC.....

Serta merta wajah bomoh tadi bertukar merah. marahnya
bukan kepalang dengan saya. katanya saya ingin
mempermainkannya tetapi saya menjawab.
"Saya benar-benar pakcik. saya mahu membantu golongan
perniagaa kecil di luar sana . Kalau boleh tutup
McDonald dan KFC itu, tentu pelangan akan beralih
angin ke kedai lain....(dalam hati saya tertawa besar)

Kemudian tidak perlu saya terangkan lain dan sekadar
saya katakan bomoh ini belum handal dan syaitannya
juga belum mampu melingkupkan perniagaan besar
sebegitu....moralnya...mereka ini hanya bermain silap
mata. "sesungguhnya syaitan itu tidak berkuasa ke atas
sesiapa.....hanya mengunakan tipu daya sahaja...dan
bagi mereka yang percaya tentang perkara
ini...kembalilah pada Allah dan atur semula perniagaan
yang pernah anda anggap sebagai dikenakan sihir oleh
si polan dan si polan lain. dengan ilmu kita boleh
maju dan dengan ilmu (jika tidak digunakan dengan
betul) kita boleh lingkup juga....atur startegi
perniagaan dan amanah..InsyaAllah anda semua akan
maju..Wallahualam....maaf andai ada yang tersinggung
dan saya hanya insan kecil yang tidak mampu untuk
melakukan apa-apa kecuali dengan iznNYa...Allahuakbar

Kisah cinta Minah dan Mat

Name aku Minah aku ade balak name balak aku Mat

kitorang dah lame kenal dah lama saling sayang menyayang kalo lepak same2ponkadang2 dah naik bosan

tapi satu hari tu kitorang keluar laa jalan2 macam biase tapi aku terase lain macam sket
si Mat bawak aku pegi kedai emas die nak beli cincin hadiah untuk kakak die katenye


lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye
aku pon ikut je laaa tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku paling suka


lpas tu, kitorang pegi kedai bunga
Mat beli sejambak bunga ros merah pun untuk kakak die jugak katenye aku pon
malas laa nak tanye banyak2 same je jawapan die dari tadi


tak lama lpas beli bunga tuh tibe2 Mat berenti.. dier berdiri tegak memandang ke arah aku.. mukanya agak kemerahan panas kot

tapi die senyum2.. dan tunduk memandang kasut sendiri tibe2 die 'go down on one knee' maka secara automatik
aku pon teringat laa lagu avril "i want to see you go down on one
knee..marry me today... "


Mat memanggil nameku.. "Minah... " sambil menghulurkan cincin
dan bunga ros tadi aku terdiam... . aku terpaku di situ...


perasaanku mula bergelora sudah terbayang pelamin indah tempat kami bersanding tiba2 terbayang keluarga dan anak2 tanggungjawab yang berat terhadap keluarga sudah bersediakah aku... ?

tetapi aku gembira dalam tak sedar, airmataku mengalir
perlahan di pipi Mat masih tunduk... die memanggil namaku lagi skali
"Minah... "


dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke arah Mat dan pada masa yang sama juga Mat mendongak memandang ke arahku mata
bertentang mata.. mat bersuara...


"Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile ape?? Dah laaa
orang panggil banyak kali tak jawab.. tolong laaa pegang bende2 ni jap..aku nak ikat tali kasut nih..cepat laaa..panas nih..ishhhh..susah btol orang sentimental nih... "


Dan aku pon meraung bagai nak gile malunye aku hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??

Dec 18, 2008

Persahabatan


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

  • Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung- hitungkan (menyebutnya) .
  • Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
  • Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata
keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Haiwan dan Tarikh Lahir..


KUCING

01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Feb! ruari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober

ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan
yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap andayang andadah bergaul menjadikan anda antara individu yang andadah didekatidan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usiamahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada padadiri anda itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlahsekiranya anda sering dipertanggungjawabk an untuk menjadi ketua dalam melaksanakansesuatu tugasan secara berkumpulan

KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada
individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih
gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau
berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu
berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata
individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.

MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai.
Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceriaitu telah menarik minat ramai orang di sekeliling anda untuk menjalinkan
ikatan per sahabatan dengan anda. Tidak hairanlah sekiranya individu dari
kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri
walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap andayang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak.Bagi anda, itu semua tidak penting! Prinsip hidup anda, hidup mesti ceria.Selain itu anda juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasaingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri anda agak menggusarkan orang di sekeliling anda. Walau
bagaimanapun anda tetap memiliki ramai teman. Emosi anda yang sering
berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling anda sentiasa berhati-hati
ketika bersama dengan anda. Selain itu, anda juga sering dikaitkan dengan
pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang anda miliki, ternyata andasesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS
Diam-diam ubi berisi itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian anda.
Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri anda itu harus
dikurangkan. Selain itu, sikap anda yang kelakar dan comel sentiasa menarikperhatian individu di sekeliling anda. Walaupun anda tidak tergolong dalamkelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling anda sentiasaberasa selamat bila berdampingan dengan anda. anda juga memiliki ramaiteman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnyawujud secara semula jadi dalam diri anda telah menarik ramai orang untukbersahabat dengan anda, maka tidak hairanlah sekiranya anda memiliki temanbaru saban hari.

PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri anda. Namun, adasesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap anda kerana andasering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsipemikiran diri anda sendiri. Walau bagaimanapun anda adalah seorang temanyang dan tidak bersikap seperti talam dua andaka.

MERPATI
Kamu terlalu andadah untuk jatuh cinta. anda juga tergolong dalam kategori
individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya anda bukannya dari
kalangan individu yang terlalu pemalu, namun anda lebih gemar bersikap
menyendiri dalam kehidupan harian anda.

Rahsia Tapak Tangan



Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita... walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya ..

C uba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan

Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan

Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta

Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ' curang' dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan

Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)

Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan

Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan

Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya...

8. Garis bilangan anak

Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan

Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan

Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan

Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat.... ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?

Bila jari kamu dirapatkan....

Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan mata kamu dan tengok sama kamu boleh lihat ada sebarang 'gap' di antaranya... sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya... bermaksud ia tidak rapat dan renggang... maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya dan pentingkan diri sendiri! betul ke? hehehee...kalau terkene jangan la mareee..
Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita.... walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya.. cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas... setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. and of course la bentuknya juga berbeza-beza.. ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. So selamat 'menilik'.. jangan tersalah tilik, sudah la!