Dec 17, 2008

Indahkan Hidup Anda..


Perhatikanlah bunga. Ade yg kembang mekar,ade juga kembang mewangi. x kurg yg kembang berseri-seri. Mekar mewangi menjadikan bunga itu kelihatan berseri-seri,menawan dan menarik. Pun begitu terdapat juga bunga yg layu, layunya ia sblm berkembang!! Kenapa terjadinya demikian???

Hidup manusia pun begitu. Ada ketika kita gembira. Ada waktunye kita bertenaga. Tidak kurg juga yg bersemangat, walau bagaimana pun terdapat pula yg tidak gembira dan tidak bertenaga lalu menjadikan mereka tidak bersemangat. Hidup bagaikan 1 kekosongan. Kenapa??

Hidup hanya sekali. Mati pun hanya sekali. Hidup akan bermakna jika kita ada pegangan. Kita berpegang perkara yg benar. Kita berpegang pada prinsip yg betul. Maka jadikan lah hidup kita seindah yg mungkin. Berseri bak bulan purnama, sesegar embun pagi dan sewangi bunga cempaka. Jadikan mati kita juga bermakna. Mati meninggalkan nama, bukan meninggalkan tembelang!

Benar lah kata pepatah bahawa hidup ini hanya pinjaman. Dipinjamkan sebentar kepada manusia. Dipinjamkan seketika untuk kita hidup. Maka hidup ini adalah pentas sebuah kehidupan. Dunia ini la tempat kita melayari hidup. Sama ada hidup jadi indah atau tidak, bergantung kepada kita semua. Kita bagaikan pelakon,melakonkan pelbagai watak. Tidak kira watak baik atau jahat.

Sudah pasti kita diberi pilihan. Pilihan ini ada kaitannya dengan matlamat hidup kita. Ini kerana kita sering terdengar manusia lebih gemar memilih watak2 tidak baik di pentas dunia ini. Akan tetapi manusia lupa akan kesengsaraan, kesusahan dan kemusnahan.

Kita gemar melakukan perkara yg jahat. Tipu sana tipu sini. Curi sana curi sini. Bergaduh pula sesama sendiri. Bermasam muka dengan byk org. Tidak bertegur sapa dalam waktu yg berpanjangan. Bermusuhan sesama saudara. Memfitnah sana-sini. Kalau berlaku begitu, hidup tentu tidak akan indah.

Jadikan la hidup kita indah, indah di mata, indah pula di hati,indah di mata kita, indah lagi di mata org lain. Bagaimanakah cara untuk mengindah kan hidup kita??
  • kita mesti pk kan apa yg ingin kita cari dlm hidup kita.
  • kita mesti tahu bagaimana mencapainya.
Untuk mencari keindahan dlm hidup bukan la sukar. Yg sukar ialah bagaimana cara untuk mengindahkan hidup kita. Kadangkala kita lupa bagaimana cara yg sepatutnya untuk kita mengindahkan hidup kita. Ada beberapa faktor keaadaan ini berlaku...
  • Kita terlau sibuk dan leka dgn tugasan harian kita sehingga kita tidak mengutamakan apa yg sbnrnya kita cari dlm hidup ini.
  • Kita tidak pernah ada pegangan hidup
Jadi, pk kan la sesuatu yg indah, pk kan keindahan untuk mengisi hidup kita. Contoh untuk kita pk kan antaranya..
  • punyai ramai rakan dan kenalan
  • impikan kesenangan dan kemewahan
  • dekati diri dgn Tuhan
  • jadikan diri disenangi ramai
  • impikan kesihatan dan kesejahteraan yg berpanjangan
Ingat!! Doa itu indah. doa itu 1 pemohonan drpd yg Maha Esa. Berkat atau tidak bergantung kpd kesungguhan dan keikhlasan kita. Berdoalah selalu. Mohonla dgn penuh kesungguhan dan kesabaran. Pun begitu, berdoa tanpa usaha tidak akan mendatandagkan apa2 makna.

Hidup tidak akan indah jika kita sepi. Hidup tidak indah jika hati kita kosong. Kita bagaikan layu sblm berkembang.Kita bagaikan mati sblm ajal. Kita kesunyian kerana kita dibelenggu kesepian. Kadangkala kita memerlukan rakan untuk bercerita.Cari la rakan atau sahabat yg ramai.

Dekati la diri kpd Yang Maha Esa. Kita perlu memohon kpd-Nya. Hidup pasti menjadi indah jika kita diberkati Tuhan. Jauhi larangan Tuhan. Dekati diri dgn apa yg diperintah. Jika 2 perkara ini diamalkan, hidup pasti ada cahaya. Cahaya itu la yg mengindahkan hidup kita.




No comments:

Post a Comment